
Saturday, December 14, 2013
hujan, aku dan mesej...
Hujan... Genting berbunyi... Aku berdiri di tepi jendela yang tertutup rapat... menghalang percikan air hujan masuk ke dalam... Aku lupa bahawa hujan itu satu rahmat... Sepatutnya aku biarkan rahmat itu masuk ke dalam bilik... Sedang melihat rahmat itu turun, hp berbunyi menandakan mesej di terima.. Aku diam... Malas mencapai hp di atas katil yang jarak 2 langkah dari jendela...Puas mendengar bunyi genting, aku kembali ke katil dan tangan mencapai hp... Mata terpaku, jantung berdegup laju mcm aku da lari 500 meter... Mesej dari dia... Dia yang dulu tapi bukan sekarang bagi aku... Pesanan yang ringkas buat aku tersenyum.. Sekali lagi kau buat aku sukar untuk melihat ke hadapan... Aku kembali memandang ke belakang... Memandang semua memori kita...

0 000 birds talking:
Post a Comment
kamu yg kiut....